Assalammuailaikum..
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah
kpd kita semua umatnya. Ada dua benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan
kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan.
Pahala paling senang dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana
setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam
Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)
Tips yang hendak dikongsikan di
sini adalah cara untuk mencari muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang
menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas,
kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama-sama kita belajar...
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82.
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan. Marilah kita berkongsi bersama kaum keluarga dan rakan-rakan yang lain... :)
Sekadar gambar hiasan.... |