Wednesday, 23 September 2015

Gadgett...

ssalamualaikum...hye peppsss..




tengok pic kat atas ni.. semuanya gadget kan? boleh dikatakan tiap-tiap hari mesti ada gadget yang dicipta. Tak kisah la gadget tu berupa handphone, laptop, camera, dan macam-macam lagi la. Tak terkejar lahh kalu mau dapatkan semua gadget ni. Tapi dalam hati mau memilikinya. ha.. macam mana tu. Berangan je la...
Selagi pulus tak de selagi tu aku berangan. hehehe. Selagi barang-barangan gadget yang ckj ada tak rosak. Selagi tu ckj akan pakai barang tu sampai la da tak nampak rupa asal barang tu. Korang pun macam tu kan? 
Orang lain dah puas da pakai blackberry. Ckj baru dapat merasa pakai blackberry. Itu pun bukannya blackberry original. Tapi Blueberry. huh... Jadi la.. Kalau bukan sebab handphone ckj yang 3 sekupang tu rosak tak de maknanya nak tukar phone. Yang penting orang boleh contact kita jadi la. betul tak?
Sekarang ni tengah musim Ipad, galaxy tab dan yang seumpa dengannya. Teringat ckj kata-kata sepupu ckj "Hari ni aku baru beli mp4 esok tengok-tengok da keluar mp5.. adeh... " hehehe...  Ikut mana yang mampu je la. Kalau rasa benda tu penting beli la.. Kalau ckj ada duit sendiri... hui.... korang sendiri pun mesti fikir apa yang ak fikir.. hehehe..

*p/s : Jadi apa pendapat korang fasal gadget yang makin hari makin hebat dan canggih?

Tuesday, 22 September 2015

Cara Mengurangkan Selesa ketika Selsema...

Assalamualaikum...




Cara ni sy tengok kat rancangan "Star King"
masa tu sy kena selsema.
baru hari pertama.
sy dh cuba buat dan esok nya
selsema sy macam kurang dah..

sejak tu sy kerap buat ..
cuaca sekarang kan tak menentu..
mari cuba,,mana tau berkesan untuk korang.

apa yang korang perlukan hanya sebatang pen.
dan gunakan pen tu untuk tekan2 kat bahagian yang
macam arahan kat gambar di bawah.
bukan guna kat mata pen ye..
guna mata pen tercocok terluka tertembus sy tak tahu..heheh







Cuba buat dalam sehari tu ulang 3,4 kali..
selain tu banyak kan minum air suam.
ok..
Kita hanya berusaha..
Allah yang menentukan sakit dan sihat..
jadi bersabar ye..
sekian..

Impian terkubur

Assalamualaikum...

Sekadar gambar hiasan...  





Hari ni kita buka almari seperti biasa..
tapi kita buat benda yang lain sikit...
perhatikan baju2 kita yang banyak tu...
banyak sangat kan??bukan pakai pun..
jangan la tanya kenapa tak pakai...
Dah tentu la sebab saiz dah lari..
sekarang saiz XL..3 bulan lepas masih M..
Jadi nak buat apa dengan baju2 tu??
apa lagi...kita kan perempuan ,dah tentu kita simpan..
hahahahah...
rata-rata semua perempuan macam ni..
Kita sayang nak beri baju lama kita yang
dah tak muat pada orang lain sebab......
....kita rasa kita akan dapat semula saiz lama kita....
Betul tak??jangan tipu la...







Tapi kita cuma harapkan ianya berlaku seperti magic.
Kita tetap makan macam biasa..
kurang bersenam, minum minuman manis dan
mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.
kalau macam tu la lebih baik awak berharap
yang baju2 dalam almari awak tu bertukar
saiz nya dengan sendiri..Ini untuk peringatan sendiri sbnarnya... :)


sekian..coretan kala terluang... :)

Cara Atasi Stresss

Assalammualaikum....hye...

Kali saya akan kupas isu stresss...Antara kita semua misti akan stress xkira lahh di tmpt keja atau rumah.. Ini normal namun jika stress ini tidak diatasi akan menyebabkn abnormal yea kwn2.. Jd hari ini sy akan kongsikan tips untuk atasi stresss... Bolelhh follow yea kwn2..


1.      Atur tarikan nafas.
Tarik nafas sedalam dan hembuskan dengan perlahan, konsentrasi pada gerakan diafragma anda. Lakukan dua atau tiga kali, hingga mula merasa terkawal.

2.      Redakan ketegangan.
Jika sedang duduk, berdirilah dan lakukan pergerakan yang lembut. Gerakan tangan dan lengan silih berganti, lalu angkat bahu dan ini akan membuat tubuh anda merasa rileks. 

3.      Bergerak.
Lakukan jalan cepat, walaupun hanya jalan – jalan di sekitar  ruangan atau bilik mandi. Hal itu berguna untuk membantu melancarkan aliran darah. Bergerak secara teratur juga dapat membantu membakar efek negatif dari hormon stres.

4.      Menjerit atau melaung.
Pergilah ke suatu tempat pribadi lalu berteriak dan menjerit sepuasnya. Cara itu dapat diguna sebagai terapi mengurangkan stres.

5.      Terapi Esensial Bunga.
Sapukan beberapa titik pati bunga, seperti Bach Rescue Remedy, Jan de Vries Emergency Essence atau Australian Bush Flower Emergency Essence di lidah anda.

6.      Berpikir secara positif.
Bina pemikiran peribadi yang positif. Ulangi secara teratur pada diri anda sendiri.

7.      Pilih makanan yang sihat.
Diet dan jangan makan secara berlebihan.

8.      Dengar muzik.
Dengar irama muzik yang lembut dapat membantu anda lebih tenang.


9.  Ketawa.
Menonton filem komedi, ketawa bersama teman anda, atau kunjungi website lucu merupakan penawar luarbiasa bagi menangani stres.

11.  Cari ketenangan  dalaman.
Vizualisasi atau meditasi dapat membantu mencari sebuah ketenangan dalaman, padahal di saat  itu anda sedang dikelilingi  tekanan dan kegtegangan.

12.  Dapatkan vitamin dan suplemen.
Anda mungkin memerlukan sejumlah vitamin B dan antioksidan seperti vitamin C dan E pada masa anda sedang tertekan. Suplemen probiotik dapat juga membantu anda mengatasi stress....

sekian...

Monday, 21 September 2015

ke korea lhh pulak kita..

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua:

Untuk kawan2 yang ada yang tau, aku dan kawan-kawan baru je seminggu balik holiday di Korea.
ktaorg berada di Korea dari 7 February 2015 hingga 14 February 2015 iaitu selama 8 hari 7 malam.
Dan Alhamdulillah, segala planning dan perjalanan di sana semuanya berjalan lancar dengan izin Allah

Aku beli tiket lebih kurang 6 bulan sebelum ke Korea.
Survey2 harga tiket di semua airlines, dan akhirnya pilih Air Asia X untuk ke Korea.
Harga tiket memang tak berapa nak promo lah walaupun tulis promo hahaha.
Tapi still paling rendah di antara airlines yang lain.

Perjalanan memakan masa lebih kurang 6 jam dan akhirnya ktaorang landed di Incheon International Airport pada pukul 3.30 petang waktu Korea.
Sampai2 Korea jangan lupa set kan jam korang 1 jam dari waktu Malaysia ok?
Perbezaan masa dengan Malaysia hanya 1 jam je.

Sampai2 airport, semua orang kena naik train ke tempat bagasi. Canggih kan?
Process imigresen pun tak ambil masa yang lama.

 
Haaa.. ni picture pertama sampai dekat Korea....

Settle bab imigresen dan beg, terus cari 7-Eleven. 7-Eleven dekat belah kiri korang tau lepas keluar claim beg.
Kenapa cari 7-Eleven? Sebab nak cari T-Money.
T-Money ni macam Touch n Go kita. Sangat2 berguna tau! Boleh digunakan untuk tambang bas, subway, shopping dekat marts dekat Korea pun boleh. Hehehe. Boleh shopping Susu Pisang yg sedap tuu.

T-Money ni berharga 2,500KRW dan total kitorang topup adalah 60,000KRW.
60,000KRW ni cukup untuk 8 hari perjalanan kitorang dekat Korea:)
Andai kata T-Money korang ada balance banyak, boleh refund dekat machine dekat dalam subway station. 
Iols punya tinggal 1,000KRW aje hihihi.
Simpan bawak balik buat kenangan je. Kot nak gi Korea lagi nanti, takyah beli dah. Eh???? Heehehe.

Dah settle bab T-Money, kitorang terus ambil Bus Limousine ke GH.
Awin lupa nak snap area yang perlu naik Bus Limousine ni.
Tapi jangan risau, senang je.
Dekat luar airport, ada tempat2 tunggu bas ni.
Ambil bas no 6011 untuk ke Beewon GH. Tambang bas 10,000KRW.
Kalau ikutkan naik subway lagi jimat.


Naik Bus Limousine ni behenti betul2 depan Changdeokgung Palace, lebih kurang 5 minit jalan kaki ke GH kitorg:)


Korang boleh refer map ni. Tak jauh pun dari palace tu ke GH
Ni triple room yan kitorg stay.
Setiap bilik dilengkapi TV, Peti Ais kecik, towel, shampoo dan sabun. Standard setiap GH, ada kitchen utk masak, microwave, rice cooker dan simple breakfsat.

Tapi yang penting, masa survey2 tentang Korea sambil buat itinerary tu, jangan lupa install apps dekat smartphone tu tau!
Disebabkan kitorang bergerak sendiri di Korea, transport utama yang digunakan adalah subway

Korea ni ada banyak subway line.
Ala macam dekat Malaysia la. Kita ada Putra Lrt, Star Lrt, Monorail dan KTM.
Dekat Korea ada banyak sangat line.
Lebih dari 10 lines tau!

Tapi jangan risau, insya allah tak sesat punya.
Kalau sesat pun, blh tanya locals dekat sana, dorang sangat membantu:)
Untuk apps subway, sy install MetroidHD. Yang ni sy install dari PlayStore since sy pakai Android phone. Apps ni bukan membantu dari hari pertama sampai lah balik aje tapi membantu masa sy buat itinerary.

Dengan apps ni,sy tau berapa station, kos dan masa utk setiap perjalanan.
Sy just masukkan dari station mana dan nak ke station mana, contoh sy dari Myeongdong station, nak ke Dongdaemun station, just keyin aje.
Nanti apps akan bantu direct ke destinasi, dengan suggest the best path atau paling minimum utk transfer atau perjalanan paling dekat.
Kadang2 ada tempat yg kite perlu tukar subway line.
Jangan risau, untuk transfer dari subway ke subway yang lain, dalam satu station yang same aje. Tak perlu keluar dari station. Mudah kan?
Untuk tau tempat2 yang menarik pula, selain boleh google di Internet, boleh juga install apps Visit Korea.
Ada banyak info tentang tempat2 menarik dekat sana
Selain tu, korang jugak boleh install apps Learn Korea atau Translate Korea untuk tau serba sedikit perkataan Korea.
Tapi kalau tak install pun tak pe.
Perkataan yang sy hafal dan selalu guna kat sana pun Annyeonghaseyo (Hi. How are you?) dan Kamsahamnida (Thank you).
Yang lain cakap English aje.
Walaupun kadang2 cakap macam ayam dgn itik hahaha.
Tak pe, jgn risau. Ada je orang Korea yang pandai cakap simple English.
Belanja satu picture dulu gamabar ramai2. Lokasi tepi Changdeokgung Palace.
Jarak hanya 5 minit dari Guesthouse kitorg.



ok,sekian....coretan utk trip nie...xmampu nak upload bnyk2 pic :)