Wednesday, 23 September 2015

Gadgett...

ssalamualaikum...hye peppsss..




tengok pic kat atas ni.. semuanya gadget kan? boleh dikatakan tiap-tiap hari mesti ada gadget yang dicipta. Tak kisah la gadget tu berupa handphone, laptop, camera, dan macam-macam lagi la. Tak terkejar lahh kalu mau dapatkan semua gadget ni. Tapi dalam hati mau memilikinya. ha.. macam mana tu. Berangan je la...
Selagi pulus tak de selagi tu aku berangan. hehehe. Selagi barang-barangan gadget yang ckj ada tak rosak. Selagi tu ckj akan pakai barang tu sampai la da tak nampak rupa asal barang tu. Korang pun macam tu kan? 
Orang lain dah puas da pakai blackberry. Ckj baru dapat merasa pakai blackberry. Itu pun bukannya blackberry original. Tapi Blueberry. huh... Jadi la.. Kalau bukan sebab handphone ckj yang 3 sekupang tu rosak tak de maknanya nak tukar phone. Yang penting orang boleh contact kita jadi la. betul tak?
Sekarang ni tengah musim Ipad, galaxy tab dan yang seumpa dengannya. Teringat ckj kata-kata sepupu ckj "Hari ni aku baru beli mp4 esok tengok-tengok da keluar mp5.. adeh... " hehehe...  Ikut mana yang mampu je la. Kalau rasa benda tu penting beli la.. Kalau ckj ada duit sendiri... hui.... korang sendiri pun mesti fikir apa yang ak fikir.. hehehe..

*p/s : Jadi apa pendapat korang fasal gadget yang makin hari makin hebat dan canggih?

Tuesday, 22 September 2015

Cara Mengurangkan Selesa ketika Selsema...

Assalamualaikum...




Cara ni sy tengok kat rancangan "Star King"
masa tu sy kena selsema.
baru hari pertama.
sy dh cuba buat dan esok nya
selsema sy macam kurang dah..

sejak tu sy kerap buat ..
cuaca sekarang kan tak menentu..
mari cuba,,mana tau berkesan untuk korang.

apa yang korang perlukan hanya sebatang pen.
dan gunakan pen tu untuk tekan2 kat bahagian yang
macam arahan kat gambar di bawah.
bukan guna kat mata pen ye..
guna mata pen tercocok terluka tertembus sy tak tahu..heheh







Cuba buat dalam sehari tu ulang 3,4 kali..
selain tu banyak kan minum air suam.
ok..
Kita hanya berusaha..
Allah yang menentukan sakit dan sihat..
jadi bersabar ye..
sekian..

Impian terkubur

Assalamualaikum...

Sekadar gambar hiasan...  





Hari ni kita buka almari seperti biasa..
tapi kita buat benda yang lain sikit...
perhatikan baju2 kita yang banyak tu...
banyak sangat kan??bukan pakai pun..
jangan la tanya kenapa tak pakai...
Dah tentu la sebab saiz dah lari..
sekarang saiz XL..3 bulan lepas masih M..
Jadi nak buat apa dengan baju2 tu??
apa lagi...kita kan perempuan ,dah tentu kita simpan..
hahahahah...
rata-rata semua perempuan macam ni..
Kita sayang nak beri baju lama kita yang
dah tak muat pada orang lain sebab......
....kita rasa kita akan dapat semula saiz lama kita....
Betul tak??jangan tipu la...







Tapi kita cuma harapkan ianya berlaku seperti magic.
Kita tetap makan macam biasa..
kurang bersenam, minum minuman manis dan
mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.
kalau macam tu la lebih baik awak berharap
yang baju2 dalam almari awak tu bertukar
saiz nya dengan sendiri..Ini untuk peringatan sendiri sbnarnya... :)


sekian..coretan kala terluang... :)

Cara Atasi Stresss

Assalammualaikum....hye...

Kali saya akan kupas isu stresss...Antara kita semua misti akan stress xkira lahh di tmpt keja atau rumah.. Ini normal namun jika stress ini tidak diatasi akan menyebabkn abnormal yea kwn2.. Jd hari ini sy akan kongsikan tips untuk atasi stresss... Bolelhh follow yea kwn2..


1.      Atur tarikan nafas.
Tarik nafas sedalam dan hembuskan dengan perlahan, konsentrasi pada gerakan diafragma anda. Lakukan dua atau tiga kali, hingga mula merasa terkawal.

2.      Redakan ketegangan.
Jika sedang duduk, berdirilah dan lakukan pergerakan yang lembut. Gerakan tangan dan lengan silih berganti, lalu angkat bahu dan ini akan membuat tubuh anda merasa rileks. 

3.      Bergerak.
Lakukan jalan cepat, walaupun hanya jalan – jalan di sekitar  ruangan atau bilik mandi. Hal itu berguna untuk membantu melancarkan aliran darah. Bergerak secara teratur juga dapat membantu membakar efek negatif dari hormon stres.

4.      Menjerit atau melaung.
Pergilah ke suatu tempat pribadi lalu berteriak dan menjerit sepuasnya. Cara itu dapat diguna sebagai terapi mengurangkan stres.

5.      Terapi Esensial Bunga.
Sapukan beberapa titik pati bunga, seperti Bach Rescue Remedy, Jan de Vries Emergency Essence atau Australian Bush Flower Emergency Essence di lidah anda.

6.      Berpikir secara positif.
Bina pemikiran peribadi yang positif. Ulangi secara teratur pada diri anda sendiri.

7.      Pilih makanan yang sihat.
Diet dan jangan makan secara berlebihan.

8.      Dengar muzik.
Dengar irama muzik yang lembut dapat membantu anda lebih tenang.


9.  Ketawa.
Menonton filem komedi, ketawa bersama teman anda, atau kunjungi website lucu merupakan penawar luarbiasa bagi menangani stres.

11.  Cari ketenangan  dalaman.
Vizualisasi atau meditasi dapat membantu mencari sebuah ketenangan dalaman, padahal di saat  itu anda sedang dikelilingi  tekanan dan kegtegangan.

12.  Dapatkan vitamin dan suplemen.
Anda mungkin memerlukan sejumlah vitamin B dan antioksidan seperti vitamin C dan E pada masa anda sedang tertekan. Suplemen probiotik dapat juga membantu anda mengatasi stress....

sekian...

Monday, 21 September 2015

ke korea lhh pulak kita..

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua:

Untuk kawan2 yang ada yang tau, aku dan kawan-kawan baru je seminggu balik holiday di Korea.
ktaorg berada di Korea dari 7 February 2015 hingga 14 February 2015 iaitu selama 8 hari 7 malam.
Dan Alhamdulillah, segala planning dan perjalanan di sana semuanya berjalan lancar dengan izin Allah

Aku beli tiket lebih kurang 6 bulan sebelum ke Korea.
Survey2 harga tiket di semua airlines, dan akhirnya pilih Air Asia X untuk ke Korea.
Harga tiket memang tak berapa nak promo lah walaupun tulis promo hahaha.
Tapi still paling rendah di antara airlines yang lain.

Perjalanan memakan masa lebih kurang 6 jam dan akhirnya ktaorang landed di Incheon International Airport pada pukul 3.30 petang waktu Korea.
Sampai2 Korea jangan lupa set kan jam korang 1 jam dari waktu Malaysia ok?
Perbezaan masa dengan Malaysia hanya 1 jam je.

Sampai2 airport, semua orang kena naik train ke tempat bagasi. Canggih kan?
Process imigresen pun tak ambil masa yang lama.

 
Haaa.. ni picture pertama sampai dekat Korea....

Settle bab imigresen dan beg, terus cari 7-Eleven. 7-Eleven dekat belah kiri korang tau lepas keluar claim beg.
Kenapa cari 7-Eleven? Sebab nak cari T-Money.
T-Money ni macam Touch n Go kita. Sangat2 berguna tau! Boleh digunakan untuk tambang bas, subway, shopping dekat marts dekat Korea pun boleh. Hehehe. Boleh shopping Susu Pisang yg sedap tuu.

T-Money ni berharga 2,500KRW dan total kitorang topup adalah 60,000KRW.
60,000KRW ni cukup untuk 8 hari perjalanan kitorang dekat Korea:)
Andai kata T-Money korang ada balance banyak, boleh refund dekat machine dekat dalam subway station. 
Iols punya tinggal 1,000KRW aje hihihi.
Simpan bawak balik buat kenangan je. Kot nak gi Korea lagi nanti, takyah beli dah. Eh???? Heehehe.

Dah settle bab T-Money, kitorang terus ambil Bus Limousine ke GH.
Awin lupa nak snap area yang perlu naik Bus Limousine ni.
Tapi jangan risau, senang je.
Dekat luar airport, ada tempat2 tunggu bas ni.
Ambil bas no 6011 untuk ke Beewon GH. Tambang bas 10,000KRW.
Kalau ikutkan naik subway lagi jimat.


Naik Bus Limousine ni behenti betul2 depan Changdeokgung Palace, lebih kurang 5 minit jalan kaki ke GH kitorg:)


Korang boleh refer map ni. Tak jauh pun dari palace tu ke GH
Ni triple room yan kitorg stay.
Setiap bilik dilengkapi TV, Peti Ais kecik, towel, shampoo dan sabun. Standard setiap GH, ada kitchen utk masak, microwave, rice cooker dan simple breakfsat.

Tapi yang penting, masa survey2 tentang Korea sambil buat itinerary tu, jangan lupa install apps dekat smartphone tu tau!
Disebabkan kitorang bergerak sendiri di Korea, transport utama yang digunakan adalah subway

Korea ni ada banyak subway line.
Ala macam dekat Malaysia la. Kita ada Putra Lrt, Star Lrt, Monorail dan KTM.
Dekat Korea ada banyak sangat line.
Lebih dari 10 lines tau!

Tapi jangan risau, insya allah tak sesat punya.
Kalau sesat pun, blh tanya locals dekat sana, dorang sangat membantu:)
Untuk apps subway, sy install MetroidHD. Yang ni sy install dari PlayStore since sy pakai Android phone. Apps ni bukan membantu dari hari pertama sampai lah balik aje tapi membantu masa sy buat itinerary.

Dengan apps ni,sy tau berapa station, kos dan masa utk setiap perjalanan.
Sy just masukkan dari station mana dan nak ke station mana, contoh sy dari Myeongdong station, nak ke Dongdaemun station, just keyin aje.
Nanti apps akan bantu direct ke destinasi, dengan suggest the best path atau paling minimum utk transfer atau perjalanan paling dekat.
Kadang2 ada tempat yg kite perlu tukar subway line.
Jangan risau, untuk transfer dari subway ke subway yang lain, dalam satu station yang same aje. Tak perlu keluar dari station. Mudah kan?
Untuk tau tempat2 yang menarik pula, selain boleh google di Internet, boleh juga install apps Visit Korea.
Ada banyak info tentang tempat2 menarik dekat sana
Selain tu, korang jugak boleh install apps Learn Korea atau Translate Korea untuk tau serba sedikit perkataan Korea.
Tapi kalau tak install pun tak pe.
Perkataan yang sy hafal dan selalu guna kat sana pun Annyeonghaseyo (Hi. How are you?) dan Kamsahamnida (Thank you).
Yang lain cakap English aje.
Walaupun kadang2 cakap macam ayam dgn itik hahaha.
Tak pe, jgn risau. Ada je orang Korea yang pandai cakap simple English.
Belanja satu picture dulu gamabar ramai2. Lokasi tepi Changdeokgung Palace.
Jarak hanya 5 minit dari Guesthouse kitorg.



ok,sekian....coretan utk trip nie...xmampu nak upload bnyk2 pic :)




Saturday, 1 August 2015

Cara Mudah Mencari Muka Surat Di Dalam Al-Quran

Assalammuailaikum..
 
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada dua benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Pahala paling senang dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tips yang hendak dikongsikan di sini adalah cara untuk mencari muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama-sama kita belajar...
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82.

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan. Marilah kita berkongsi bersama kaum keluarga dan rakan-rakan yang lain... :)
Sekadar gambar hiasan....

Friday, 31 July 2015

trip Singapore

Assalamualaikum.....



Hai ape khabar uolss?... Harini aku nak story pasal trip aku backpack ke Kota Singa baru-baru nie..

Plan asalnya ramai jugak member yang aku ajak. Last2 tinggal berempat je.. 3 gegirl dan satu boy sebagai bodyguard kitaorg ok la tu senang nak gerak.

31 Julai 2015, Jumaat 3pm 

waktu sampai kat Changi Airport. Acara yg wajib bila mula-mula smpai..kita bergambar




Bila dah sampai kat Changi Airport ni, jangan lupa amik map kat kaunter dia. So senang nak plan route korang nanti. Pastu kitaorang g kat ticket machine untuk beli tiket ke Little India SGD3.30. Dari Changi ke Little India boleh tahan jauh gak lebih kurang 1 jam pon ada dan dalam masa perjalanan tu kena interchange kat Dhoby Ghout station.



Aku dah study skit2 pasal map MRT ni before gerak. Aku decide nak stay kat Little India coz aku nak ke USS. So kalau dari little India, train akan straight je ke stesen Harbourfront. Senang sikit dari aku stay kat Bugis @ Lavender kene tukar2 train.

Dah sampai kat Little India kitaorang pon jalan kaki lebih kurang 10-15 minit cari hostel backpackers. Kate pon backpack so memang nak cari hostel jer.. Kalau hotel cam mahal sangat. Aku memang nak walk in je coz kalau dah book awal2 takut hostel dia jauh dari mrt.



laluan untuk smpai ke tempat penginapan



Harganye SGD22 per head. Memang dalam bajet la. Ini first time aku nginap kat hostel backpackers. Setiap bilik disediakan katil double deckers.
Alamatnya :
The Inncrowd (Backpackers Hostel Singapore) 
73 Dunlop Street
Singapore 209401
(Historic Little India Conservation District)
Tel : (65) 6296 9169/(65) 6296 4280
Site : www.the-inncrowd.com
Email: reservations@the-inncrowd.com
Keistimewaan:
- Free Breakfast
-Free Lockers
-Free Wireless Internet
- Free Guided Tours
Breakfast di sini disediakan juga iaitu telur rebus, roti, air teh , kopi dan beberapa simple breakfast yang kena dengan bayarannye la. Kalo nak makan mewah korg kena gi makan luar la. Satu perkara lagi ialah bila dah dikatakan hostel backpackers ni takde istilah korg nak privacy ke nak bilik sorg ke. Bila korg book hostel backpackers ni korg akan satu bilik atau boleh dikatakan campur dengan minah atau mamat bacpackers yang lain yang datang dari seluruh dunia.

Universal Studio Singapore

01 Ogos 2015, Sabtu 12.00 pm

Ahhh.... finally!! Touchdown Universal Studio Singapore!!! Phewww....


minta tolong org yg lalu lalang ambilkan pic kami berempat


Aku dah beli siap2 tiket masuk USS ni kat agen. Cari punya cari, the best price yang aku dapat RM155. Kalau walk in harga mau SDG 72 @ lebih kurang RM185-200. Kalau korang nak tiket USS murah, leh usha fb abam ni... sure harga thorbaekkk!



Habis jee kitaorg pusing-pusing dlm USS nie..kitaorg pun balik lhh..seharian kitaorg dlm USS nie itu pun rasa xpuas jee..




Changi Airport

02 Ogos 2015, Ahad 3.00 pm







Habis sudah trip kitaorg nie...






Sekian,kali ini....



























Wednesday, 15 July 2015

Masakan Simple

Assalamualaikum...
Time-time cuti nie mmg malas betul la nak masak..tapi bukan boleh turut sangt kan?? kerana kalo ikut penyakit M ituuu  alamatnya kebuluran lhh kt umh...jadi 
Dah tentu lah rendang ayam.Rendang Ayam (my favourite) saya memang mudah je nak buat.
tak payah nak tumis2 la..tak payah nak tunggu2..Simple tapi rasanya memang sedap.
 Boleh pulak bila dah siap masak pindah kan dalam periuk besar sikit..lepas tu teringat nak ambik gambar..malas nak hidang2 dalam pinggan,sebab malas basuh jadi ambik je gambar dalam belanga ni..heheheh..
Jadi kalau rupa tak menarik tu jangan marah ye..hehehh...sy memang asal boleh je...
Ok ..jom la kita tengok resepi dan cara buat Rendang Ayam mudah dan sedap ni..
betul ke mudah sangat???
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong ikut suka nak besar mana dan bersihkan )
 1 cawan santan pekat 
1 cawan air
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil garam dan 1 sudu besar gula 
Bahan yang dikisar bersama:-
10 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2 inci halia
5 batang serai.( dihiris halus)
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
Cara-caranya..
* Kisar semua bahan2 yang perlu dikisar.
* -masuk kan bahan kisar ke dalam kuali.
* masuk kan ayam, kerisik, santan pekat ,air ,kulit kayu manis,bunga lawang, garam dan gula
* buka api dan masak hingga kering dan naik minyak nya...
* hiris daun kunyit nipis2 dan masuk kan dalam kuali..gaul sebati..
 dah siap..boleh la makan dengan lemang atau pun nasi impit..

mudah kan??nak masak rendang ni api kena sederhana je..tunggu time dia menggelegak tu memang berkecah la atas dapur..dah la kuali sy comel je...hahahah...sabar je la..nak makan sedap kan??
selamat mencuba...
sekian...