Tuesday, 7 July 2015

Pisang Goreng Cheese


Assalamualaikum...hye kwn2 petang-petang nie kalo hujan...mmg sedap kalo dapat pisang goreng cheese... Lama dah teringin nak buat dan makan pisang goreng cheese ni. Akhirnya dapatlah buat dan merasa. Tak sangka mmng sedap sangat, lebih2 lagi di makan panas dngn secawan teh O. Pisang yg kita nak goreng tu, janganlah dah terlalu masak ya, pastikan pisang tu sedang2 elok je masaknya. Kalau pisang dah masak sangat takut serap banyak minyak. Terima kasih juga pd penyumbang resepi asal. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pd kwn2 yg nak merasa tu, bolehlah cuba....mmng sedap.





Bahan2 utk Pisang Goreng
  • Sesikat pisang nipah atau apa2 jenis pisang ~ buang kulit dan potong 2 jangan putus
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • 5 sudu besar santan
  • sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
  • secubit garam
  • 1 sudu besar margerin/ 2 sudu besar minyak masak
  • 1 biji telur 
  • 1 3/4 cwn air
  • Minyak masak secukupnya utk menggoreng
   
 Cara2nya 
Cairkan mentega, ketepikan dulu.
Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna, baking powder, santan dan telu
Kacau rata,Tuangkan margerin cair. Kacau sebati,Masukkan pisang,Panaskan minyak dalam kuali, Goreng pisang hingga kuning keemasan dan angkat dan toskan minyaknya
 
Bahan Sos dan Topping
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • Keju Cheedar ~ di sagat halus
  • Choc Rise atau parutan coklat masakan Yatie tak letak
Cara2nya
  1. Dalam kuali yang bersih, cairkan butter.
  2. Tutup api bila butter dah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju yg di parut, dlm 2 sudu besar.
  3. Kacau rata
  4. Masukkan pisang yang telah siap di goreng tadi. Gaul rata
  5. Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai
  6. Taburkan dengan keju cheedar yang telah di sagat dan taburkan dengan choc rise atau parutan coklat masakan
  7. Sedap di makan ketika masih hangat.
**utk sesikat/sesisir pisang, sy guna 1/2 adunan saja dari bhn2 di atas utk menggoreng pisang, itu pun sudah mencukupi....

Hasil nyerrr....jemput mkn yea kwn... :)

No comments:

Post a Comment